Blog tudung online saya January Sale!!! Free Delivery


Thursday, December 30, 2010

CuTi daH nAk HabiSS!!

Hari ini kami dah bayar yuran sekolah, beli buku tulis KakLong & KakNgah. KakLong naik darjah 3, kakngah nak masuk alam persekolahan darjah 1. Lepas beli, sibuk suruh diorang tulis nama masing2 atas buku tulis. KakNgah merungut, nama dia panjang (termasuk nama papa), leceh nak tulis... tp akhirnya, tengok2 berjaya jugak dia menulis kesemuanya sendiri... ingatkan nak tolong buatkan...

Buka sesi persekolahan ni, mama lah yang akan letih jadi bas sekolah. KakLong sekolah sesi petang, KakNgah sekolah sesi pagi. mmmmm... sekolah kampung ni dalam pembinaan, dan tak banyak bangunan yang boleh di pakai.. 2-sesi persekolahan adalah jalan penyelesaian bagi kekurangan jumlah bilik darjah untuk menempatkan semua murid. Harap2 mereka enjoy their school life..

PM umumkan cuti hari Jumaat, sempena pasukan bolasepak Msia berjaya merangkul Piala Suzuki. Tapi di Tganu, cuti umum pada Jumaat tidak akan digantikan .. nampak gayanya, bebudak ni memang nak kena start sekolah la Ahad ni... Selamat Belajar anak-anak ku..

Thursday, December 2, 2010

di kebun saya ada Daun Kemangi

Saya suka menanam tanaman yang boleh di makan sebagai hobi sampingan saya. Setakat ini, saya ada daun pandan, daun kesum, cekur, misai kucing, daun kari, ulam raja, daun limau purut, walaupun sebahagiannya tidak mendatangkan hasil kerana bermaharajalela nya kambing-kambing ternakan orang kampung ini yang suka bertandang tidak di jemput ke kawasan rumah-rumah penduduk kampung ini.Selain serangan ulat2 ( yang nie tak leh nak salah kan saper2 dah.. ekosystem dah gitu)

Tadi, jiran saya ada memberitahu, depan rumah saya, di antara rumput dan lalang2 tu, ada pokok kemangi.. mmmmm.. best.. bertambah lagi tanaman dalam Edible Garden saya. I like!!! boleh buat ulam...

Pokok Kemangi ..baru ku tahu!



Daun Kesum .. yang ni selalu ambil, buat masak tempoyak..



Ulam raja, masih kecil tapi boleh lah untuk buat ulam



Misai kucing.. sedap juga buat ulam



Cekur, yang ni pun buat ulam



Daun pandan, tak dan nak berdaun, keluar jer pucuk, terus ngap di kambing

Wednesday, December 1, 2010

Visit Klinik Kampung

sedar tak sedar BB-aini dah lebih setahun. Appointment cucuk setahun dah lepas. Sebelum ni semua imunisasi kami buat di klinik swasta di KL, sebab saya bekerja, tiada masa untuk pergi ke Klinik Kesihatan pada hari weekday.

So, tadi saya bawa budak2 ni melawat dan berkenalan dgn staff Klinik Desa Kampung Chabang. Hari Ahad dan Selasa adalah hari klinik di sini.. So, next week la ek, bb-aini cucuk... boleh rehat dulu

Terima kasih buat staff klinik yg cukup peramah. KakNgah Batrisyia pun boleh buat kad klinik... n, next week bebudak ni nak kena mkn ubat cacing.. diorang tak pernah makan ubat cacing... teringat masa kecik2 dulu, kalau makan ubat cacing, ngeri nak buang air besar...