Blog tudung online saya January Sale!!! Free Delivery


Thursday, December 2, 2010

di kebun saya ada Daun Kemangi

Saya suka menanam tanaman yang boleh di makan sebagai hobi sampingan saya. Setakat ini, saya ada daun pandan, daun kesum, cekur, misai kucing, daun kari, ulam raja, daun limau purut, walaupun sebahagiannya tidak mendatangkan hasil kerana bermaharajalela nya kambing-kambing ternakan orang kampung ini yang suka bertandang tidak di jemput ke kawasan rumah-rumah penduduk kampung ini.Selain serangan ulat2 ( yang nie tak leh nak salah kan saper2 dah.. ekosystem dah gitu)

Tadi, jiran saya ada memberitahu, depan rumah saya, di antara rumput dan lalang2 tu, ada pokok kemangi.. mmmmm.. best.. bertambah lagi tanaman dalam Edible Garden saya. I like!!! boleh buat ulam...

Pokok Kemangi ..baru ku tahu!



Daun Kesum .. yang ni selalu ambil, buat masak tempoyak..



Ulam raja, masih kecil tapi boleh lah untuk buat ulam



Misai kucing.. sedap juga buat ulam



Cekur, yang ni pun buat ulam



Daun pandan, tak dan nak berdaun, keluar jer pucuk, terus ngap di kambing

No comments:

Post a Comment