Hari ini kami dah bayar yuran sekolah, beli buku tulis KakLong & KakNgah. KakLong naik darjah 3, kakngah nak masuk alam persekolahan darjah 1. Lepas beli, sibuk suruh diorang tulis nama masing2 atas buku tulis. KakNgah merungut, nama dia panjang (termasuk nama papa), leceh nak tulis... tp akhirnya, tengok2 berjaya jugak dia menulis kesemuanya sendiri... ingatkan nak tolong buatkan...
Buka sesi persekolahan ni, mama lah yang akan letih jadi bas sekolah. KakLong sekolah sesi petang, KakNgah sekolah sesi pagi. mmmmm... sekolah kampung ni dalam pembinaan, dan tak banyak bangunan yang boleh di pakai.. 2-sesi persekolahan adalah jalan penyelesaian bagi kekurangan jumlah bilik darjah untuk menempatkan semua murid. Harap2 mereka enjoy their school life..
PM umumkan cuti hari Jumaat, sempena pasukan bolasepak Msia berjaya merangkul Piala Suzuki. Tapi di Tganu, cuti umum pada Jumaat tidak akan digantikan .. nampak gayanya, bebudak ni memang nak kena start sekolah la Ahad ni... Selamat Belajar anak-anak ku..
No comments:
Post a Comment