Blog tudung online saya January Sale!!! Free Delivery


Saturday, January 8, 2011

This is my 1st time nak kongsi cerita pasal masakan. Malam tadi saya buat ayam bakar, dan buat Chilled Cheese Cake. Kedua2 nya pengalaman pertama saya. Alhamdulillah, menjadi.... sedap!!! Resepi2 saya cari dalam internet dan gubah2 skit. Tak ingat dah ambil kat website mana, tapi nya, yg pasti, bahan dan cara yg ringkas... tapi sedapp..




Ayam ni actually ada 6 ketul untuk 4 beranak alas perut, tapi 2 ketul dah lesap time merasa.





Kek yang dah jadi (chilled) tapi belum di letak filling..





Setelah di letak filling n di potong..






yummy ...

Thursday, January 6, 2011

KakNgah dah Darjah 1 - Episode 2

Semalam, 3rd day KakNgah darjah 1, masih lagi jugak tak boleh beli nasi minyak. Nasi minyak ada, tapi dia tetap beli keropok lekor. Katanya, sebelum beli food, dia tak nampak tempat letak pinggan sesudah makan nanti, so, dia tak jadi la beli nasi minyak.. aduyaiii .. kesian kakNgah.. nak sangat merasa membeli dan makan nasi minyak di kantin sekolahnya .. tapi, dia terlalu memikirkan macam manan nak buat dengan pinggan sesudah habis makan nanti......

Tuesday, January 4, 2011

KakNgah dah Darjah 1 - Episode 1

2 tahun lepas, KakLong masuk darjah 1 di KL. Semalam, KakNgah masuk darjah 1 di sini, kampung yang agak kurang kepadatan penduduknya. Suasana debaran ibubapa jauh berbeza dari di bandar. Kalau di KL dulu, parents hantar, datang waktu rehat, kadang sampai 2-3 hari jenguk2 sekolah untuk memastikan anak berada dalam keadaan OK.

Di sini, suasana sekolah tiada orang luar pun(parents), macam hari2 biasa je. Tiada parents yang menunggu waktu rehat.. etc.. anak2 di kampung ni memang masing2 nampak teruja nak masuk darjah satu tanpa perlu ditemani ibu-bapa lagi. Suasana sekolah yang jumlah pelajar kurang juga menyebabkan kanak2 kurang debaran, ibu-bapa pun tidak merasa bimbang ... agaknya laaaa...


Semalam KakNgah belanja keropok lekor rm1. Hari ni pun, keropok lekor juga. Katanya besuk baru nak beli nasi minyak lauk ayam masak merah. Hari ni tak beli sebab nya tak tahu nak letak pinggan kat mana lepas makan nanti. Tapi, tadi dah tengok, dah tahu.. so, dah boleh la besuk beli nasi minyak. Yang comelnya, tengah rehat2 tengok TV petang pun, dia boleh kata 'tak sabar nak beli nasi minyak besuk'. May be tengok ayam masak merah tu, terliur agaknya. Biarlah dia nak merasa beli nasi minyak sendiri..

Sunday, January 2, 2011

Pengalaman Breast Feeding (BF) saya - Episod 1

Saya berpengalaman BF sepenuhnya selama 1yr 1mth (umur anak ke-3 saya). Ini adalah kali pertama saya buat full-BF. Masa anak 1st dan 2nd, saya hanya menyusukan mereka dalam 4-5 bulan sahaja. Masa tu, mungkin kurang information, menyebabkan tak rasa pun nak buat full-BF ni. Persekitaran keluarga juga menggalakkan menggunakan Formula Milk(FM) untuk kemudahan anak-anak di tinggalkan kepada penjaga ketika bekerja.

Bila saya mengandung anak ke-3, terdetik di hati saya untuk mencuba full-BF. Mungkin sebab saya banyak terbaca info pasal BF ni, tambah lagi celebrity Wardina yang sibuk tu pun boleh buat, ... terasa macam terpanggil untuk buat perkara sama. Setakat information, memang banyak dalam internet. Dan lagi, saya tak rasa susah pun untuk memerah susu ibu manually (sedikit pengalaman memerah ketika anak 1st)... Walaupun saya tak terlintas untuk membeli sebarang pump, saya tetap berazam nak apply full-BF, even manually..

Kenapa saya tak rasa nak beli breast pump? Melalui pembacaan saya dalam banyak laman web, saya merumuskan, pump yang murah (RM3-400) tak berapa practikal, dan mungkin menyusahkan atau mungkin jadi tak berbaloi membelinya. Hanya pump mahal mcm Medela FreeStyle jer yang berbaloi dan practical untuk career mummy.. pendapat saya ketika itu la... tapi, just incase, masa buat persediaan utk kelengkapan bayi, saya beli juga manual pump yang berharga dlm RM40, since, ini pengalaman pertama saya nak pump bersungguh2 dlm masa pantang, utk stok masa bekerja nanti.. apa2 hal, tak la rasa rugi sangat kalau tak berguna...

Bila da masuk masa pantang, saya pun, mula buat stok.. botol2 for storage saya byk beli online (http://www.srisuri.com/store/). Sejujurnya, saya hanya menggunakan manual-pump saya tu 1 kali sahaja (1 stok botol)... sebabnya, sakit tangan/otot nak tekan pump tu kuat.. then, dia punya corong yang melekat pada breast tu keras, leceh nak betul2 kan lekapan pada breast... etc.. so, sepanjang pantang, saya buat stok dgn manually (my hands)... tak la banyak sangat dapat... lenguh jugak la tengkuk dan tangan, tapi, hasil nya OK, berbaloi la lenguh2 pun....

To be continue ...

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru.. bye-bye 2010

Rupanya Terengganu pun cuti juga hari ini, sempena kemenangan bolasepak negara. Yeay! Boleh cuti, buat persiapan terakhir sebelum buka sekolah besok.

Thursday, December 30, 2010

CuTi daH nAk HabiSS!!

Hari ini kami dah bayar yuran sekolah, beli buku tulis KakLong & KakNgah. KakLong naik darjah 3, kakngah nak masuk alam persekolahan darjah 1. Lepas beli, sibuk suruh diorang tulis nama masing2 atas buku tulis. KakNgah merungut, nama dia panjang (termasuk nama papa), leceh nak tulis... tp akhirnya, tengok2 berjaya jugak dia menulis kesemuanya sendiri... ingatkan nak tolong buatkan...

Buka sesi persekolahan ni, mama lah yang akan letih jadi bas sekolah. KakLong sekolah sesi petang, KakNgah sekolah sesi pagi. mmmmm... sekolah kampung ni dalam pembinaan, dan tak banyak bangunan yang boleh di pakai.. 2-sesi persekolahan adalah jalan penyelesaian bagi kekurangan jumlah bilik darjah untuk menempatkan semua murid. Harap2 mereka enjoy their school life..

PM umumkan cuti hari Jumaat, sempena pasukan bolasepak Msia berjaya merangkul Piala Suzuki. Tapi di Tganu, cuti umum pada Jumaat tidak akan digantikan .. nampak gayanya, bebudak ni memang nak kena start sekolah la Ahad ni... Selamat Belajar anak-anak ku..

Thursday, December 2, 2010

di kebun saya ada Daun Kemangi

Saya suka menanam tanaman yang boleh di makan sebagai hobi sampingan saya. Setakat ini, saya ada daun pandan, daun kesum, cekur, misai kucing, daun kari, ulam raja, daun limau purut, walaupun sebahagiannya tidak mendatangkan hasil kerana bermaharajalela nya kambing-kambing ternakan orang kampung ini yang suka bertandang tidak di jemput ke kawasan rumah-rumah penduduk kampung ini.Selain serangan ulat2 ( yang nie tak leh nak salah kan saper2 dah.. ekosystem dah gitu)

Tadi, jiran saya ada memberitahu, depan rumah saya, di antara rumput dan lalang2 tu, ada pokok kemangi.. mmmmm.. best.. bertambah lagi tanaman dalam Edible Garden saya. I like!!! boleh buat ulam...

Pokok Kemangi ..baru ku tahu!



Daun Kesum .. yang ni selalu ambil, buat masak tempoyak..



Ulam raja, masih kecil tapi boleh lah untuk buat ulam



Misai kucing.. sedap juga buat ulam



Cekur, yang ni pun buat ulam



Daun pandan, tak dan nak berdaun, keluar jer pucuk, terus ngap di kambing